Saturday, 10 October 2015

#adlinatravelogue : BUKIT TINGGI

ASSALAMUALAKUM

Welcome to my first entry about my travelogue around the world. So sebagai rakyat yang sangat bertanggungjawab ( oopss okay ni buka soalan sejarah spm ) , I decided to travel around Malaysia first and jelajah rahsia negara kita yang tercinta.

Malaysia, here I come!!!

Ahad, 19 September 2015


At first, we actually doesn't plan at all nak pergi Bukit Tinggi, just kebetulan lalu masa on our way ke Ipoh. Akulah orang yang paling desak my family untuk datang sini sebab yeah everybody in this land know tempat ni cantik, ala ala Perancis gitu. Yela, bila lagi kan nak jejak kaki kat sini, so dah alang-alang kita bermaustatin di negeri Tok Gajah, ni la masanya.

We were from Kuantan, so it takes about 3 to 4 hours to reach the exit from highway. Then, about 30 minutes to reach up there. Okay, mana ada benda kat dunia percuma so tiket masuk untuk seorang dewasa RM17, children pulak RM8 ( kalau salah, maafkan otak yang sering terlupa ni huhu ). Nampak macam tak berbaloi masa beli tiket tu, tapi jangan bimbang, it's really worth it. 






Dah bayar tiket, then we decided nak pergi JAPANESE GARDEN dulu ( haha sebenarnya bukan decide nak pergi sini pun, tapi we got lost, lepas tu jumpa la tempat ni dulu ). Lepas park kereta, jumpa pulak tangga emhh tinggi pulak tu ............... emhh ku gagahkan juga kaki ini panjat tangga tu. Lepas tangga ingat dah habis la penyeksaan, tapi come on guys, ini BUKIT TINGGI kot. Mestilah kau kena panjat bukit pulak.... My sis try to be funny by saying,

"Wah Bukit Tinggi sememangnya tinggi!"

Okay hambar. Penat memangla penat tapi tak apa. Kata nak berjalan, so jalan jela. Tapi sis nak warning awal-awal , kat sini nothing special pun tapi kalau nak tengok views cantik-cantik, nak rasa udara segar, menikmati alam kurniaan Maha Esa, buatkan kau tak regret pun datang sini. Udara kat sini sumpah aku tak tipu fresh giler, dengan sejuknya, macam buka dekat Malaysia je. Rugi tau sebenarnya kalau kau tu rakyat Malaysia, tapi negara sini pun tak explore lagi.

Back to our story, okay ada apa dekat japanese garden ni? Dah nama pun japanese, tempat ni mestilah ala-ala Jepun sikit. Ada rumah traditional Jepun, garden Jepun, spa cara Jepun, semua Jepun la. Even kat sini pun kau boleh belajar ritual minum tea like Japanese. Menarik bukan!? Dan paling menarik, kau boleh sewa baju Kimono for just RM20. So boleh posing acah-acah pergi Jepun padahal kau kat Malaysia je haha. Tapi sebabkan aku pergi dengan family, emhh memang tak kesampaian nak sewa baju tu. Yela sorang dah RM20, kering ayah aku nak bayar. Baik gigit jari je daripada bergaduh sape yang layak pakai baju tu.



Dah penat posing, senyum, tangkap gambar semua, jom mohla kito ke tempat lain pulok. Happy, happy juga. Sekarang kena sambung balik derita nak kena patah balik ke kereta. Masa on the way patah balik tu, ada la 2 3 orang tourists minta aku tolong tangkapkan gambar. Tu normal je. But aku tak tahula mungkin aku nampak macam tour guide kot, siap ada kot  yang tanya jalan. HAHAHA

Eh lupa lepas japanese garden tu , ada satu tempat ni namanya BOTANICAL GARDEN. Dekat sini la aku jumpa ulat gonggok panjang sama dengan kaki aku. Sumpah menggelikan dan menyeramkan! 


Bukti penemuan
Sekarang kita pergi ke tempat yang paling famous dekat Bukit Tinggi iaitu COLMAR TROPICALE.
Sumpah cantik giler tempat ni, walaupun area dia kecil je but you can feel it. Feel something new, something different from our cultures. The song, the smell, the buildings.. Memang tak boleh nak luah dengan kata-kata. As famous always said, memories cannot be rewind. Jadi kita simpan dia dengan gambar. Paling rasa excited sekali bila kau dapat tengok SWAN. Mana lagi kau nak jumpa swan kat Malaysia, itik banyak la. Emhh tapi kan angsa dengan swan tu lain kan, kan...!? HAHA Lantakla kalau sama pun.. 





Swan !!! 
Ini sahajala kisah perjelajahan pertama ku dalam blog ni. I hope korang-korang-korang semua boleh la datang jelajah tempat ni. Datang dengan family, kawan-kawan, suami, isteri. Banyak lagi tempat kat negara ni belum diexplore lagi, ni asyik pergi tempat bercuti yang sama je bosan juga kan. Jangan risau sebab actually ada lagi tempat menarik kat sini tapi sebab aku ni datang singgah je so time is limited. Hotel pun banyak so kalau nak duduk 2 3 hari tu okay je.

So, next destination?

lynn

Friday, 9 October 2015

the best CLASS ever !!

ASSALAMUALAIKUM

#2Setingtong and #3Setupid

Tu la gelaran for our class untuk membezakan class aku dengan yang lain. For me, class Form2 and Form3 is the best class because ahli kelas yang bengong, tingtong but at the same time, take care antara satu sama lain. Masing-masing ada kerenah tersendiri. Kawan? No la. We are one family! *seriously rindu korang*

Class Form2 consists 36 students. Nama? Meh sini ceq sebut satu-satu ye.. *emhh sebenarnya kiteorang hanya rapat di kalangan budak Melayu je sebab budak Cina time ni agak racist sikit, tapi itu dulu la. Sekarang dah berubah* Jadi, ada 23 je la ahli setingtong ni.
  • HIPPO: Ketua kelas. Actually nama dia Haziq tapi disebabkan dia chubby, kami decide panggil dia dengan nama tu. Sampai sekarang aku panggil dia hippo, hinggakan bila dengar orang panggil dia Haziq, buatkan aku awkward *hah aku dah mention nama kau, first sekali. reward!?*
  • ANA: Ketua kelas punya assistant. Seorang yang nampak lembut tapi ganas. Membe yang suka tolong aku plus rajin nak mampos *kau jangan marah aku bile baca nie!*
  • DIENA: My bestie and the friend that have a lot of similarities with me. Kawan gila-gila, kawan lepak, musuh, tempat kena buli.
  • YANA: Budak hot sekolah tu dan dunia takkan sempurna tanpa dia *mahu kena baling dengan kasut*
  • ATIEY: Budak yang sangat memahami dan have a lot of talents. Tempat mengadu dan selalu ke hulur ke hilir dengan dia *dua kali kena baling kasut*
  • TYA: Dia ni susah sikit nak cerita, its too complicated sebab dia ni macam aku, tak ada pendirian. Apa apa pun, dia sangat baik. Rindu dia sangat-sangat!
  • AMIERA: The girl that have a 'computer' hangwriting. Budak bijak ni!
  • ANIS: Ni la opah aku. Always taking care of me *thanks opah!*
  • SAADAH: Budak baik kelas tu. Dia ni rajin tahap maksima.
  • FARAH: Dia la budak pertama yang aku kenal masa pindah sekolah tu. Tapi sekarang dia la yang aku selalu buli *tapi aku takkan lupa apa yang kau buat untuk aku masa aku mula sekolah dekat situ*
  • IKMAL: Budak yang paling imaginatif dalam kelas. Bila jumpa dia je, topik yang akan keluar mesti kartun. Spongebob laa, apa laa.. *kadang-kadang macam nak hempuk dengan batang penyapu* tapi sekarang dah jadi ketua pengawas, tahniah aku ucapkan.
  • AMEIR: Dia ni gila. Sumpah aku cakap dia memang gila. Aku tak tahu kenapa hospital sakit jiwa tak terima dia. Budak terlebih hyper, dia laa.. Aku harap satu hari nanti dia ni kurangkan sikit perangai gila dia tu.
  • IWAN: Budak bijak kelas 2S. Time exam je, dia la orang yang mesti kena compete dulu baru boleh dapat no 1. Lelaki melayu satu-satunya batch 99' ambik biologi * please hidung jangan kembang*
  • MERUL: Pakcik dalam kelas tu. Sangat sangat la prihatin sampai semua benda dia nak tahu.
  • BOBOY: So childish and annoying. Nak jer aku belasah dia ni dengan semua benda yang ada dalam kelas tu.
  • BUAYA / LOLONG: Actually banyak lagi nama dia ni tapi aku bagi yang commen punya. Dia ni boleh bawak main. Tak membosankan tapi sometimes datang juga perangai gila dia tu.
  • SYAFIQ: Abang Long kelas. Unpredictable person. Dulu dia ni nakal, always jadi blacklist cikgu, alhamdulillah sekarang dia dah jadi budak baik.
  • MIZIE: Sekutu kuat si Abanglong kita ni. Pandai berjenaka walaupun jenaka dia hambar. Haha
  • ALIFF: Diam diam ubi berisi. Kadang kadang senyap, kadang kadang riuh. Pelik betul budak ni.
  • ADHAR: Lelaki yang paling cermat dan kemas dalam kelas tu. budak sahsiah terpuji kot!
  • FAIZAL: Budak melayu muka cina dalam kelas. Budak yang selalu kena buli. Tapi okay la, dia suka belanja orang.
  • IZZUDIN: Pendiam. Selalu kiteorang fikir dia tak wujud *jahat betul aku dulu*
Ameir -Iwan-Atiey -Yana-Akuu-Saadah dan adik2-Miera-Ana

Yana-Akuu-Boboy-Iwan

So, ni la membe membe setingtong aku! Naik form3, still ahli yang sama cuma kawan aku Tya, dia pindah sekolah. So tinggal 22 je. Masuk Form3, perangai bukannya semakin elok, lagi teruk adalah. Sampaikan kelas kiteorang ni jadi blacklist cikgu *aku dah kata aku memang jahat dulu* Tapi kiteorang tak ambik kesah langsung. 

Tapi fakta sebenar kelas kiteorang, hanya cikgu yang ajar kiteorang jer yang faham perangai kiteorang. Kelas ni bising bukan sebab borak kosong atau main dalam kelas, kelas bising sebab kiteorang ni banyak sangat soalan nak tanya cikgu as the first batch for PT3, sebenarnya kiteorang sangat struggle but at the same time, always chill and relax. Satu lagi fakta kelas setingtong, kelas ni tak pernah kosong dan punyai kehadiran tertinggi pada hari sekolah ganti. *emhh ingatkan dapatlah reward ke apa, tak dapat jugak*

Apa apa pun lepas dah tempuhi banyak dugaan dan halangan, kiteorang still one family. InshaAllah walaupun sometime bila nak buat reunion, mesti tak jadi, tapi kiteorang selalu contact each other. Hal maklum lah dah masuk Form4 ni, masing-masing dah ada haluan sendiri. 

  " no matter how much you hate your school , you will miss it when you leave "

3S' GirlsGroup ; LADY
Atiey-Diena-Akuu-Yana
Ameir-Iwan-Diena-Ikmal

Adhar-Merul-Ana

For member-member aku yang baca post ni, aku nak minta maaf andai terkasar bahasa, tersinggung perasaan, tercaci maki atau sengaja mengutuk masa aku jadi kawan korang. Remember, I always love  and miss all of you! Fighting, 2 Setingtong! Good luck for Espiyem 2016..



miss those day when we all were bestfriends
lynn

My Brother is Getting MARRIED!

ASSALAMUALAIKUM

Dah hampir 4 bulan abang aku dah ada family sendiri. Ceh, mesti orang akan kata,

 " eleh , abang kawen jer kot! tu pun nak kecoh.. "
 " apa yang menariknya pasal abang kawen. " 

Dan banyak lagi serumpamanya. Okay let me explain kenapa aku excited sangat nak cerita pasal hal ni. First, sebab dia lah satu-satu adik beradik lelaki yang aku ada. Second, yang paling banyak chemistry dengan aku. Third, because he is too young to get married! But now dia dah selamat jadi husband orang. Mana ceq tak terkejut. Hoho!



Emhh sedih pun ada, happy pun ada. Sedih sebab dia dah tak free nak dibawa ke mana-mana. Happy sebab dapat sister in law ( hastag pelik! ) Yela, siapa sangka abang boleh kawen secepat tu. Dia baru dua puluh dua tahun ( berdasarkan tahun ) haha tapi bila tengok dia happy sekarang, aku pun macam terpengaruh nak kawen muda ( muka gatal dah keluar ). Sebab bila muda ni, otak belum matang. So perangai pun budak lagi, asyik-asyik nak gaduh. Emhh gaduh manja okay! Cute doh.. ( okay sape nak jadi hubby, please lamar ai sekarang HAHA ). Apa-apa pun dia tetap abang aku yang paling aku sayang. Dia lah lelaki yang ketiga yang ada dalam hati aku. ( yang pertama dan kedua dirahsiakan ) I'm always pray the best for him!

Jom, aku cerita time kenduri kawen abang aku.
Emhh kenduri dijalankan di rumah arwah atuk aku sebelah ayah dekat Merbok pada hari raya ketiga tahun ni. Kenduri diadakan pada sebelah petang. Sebab pagi dan tengahari ada majlis akad nikah dan kenduri belah perempuan. Agak kelam kabut juga hari tu sebab jarak masa dari rumah kami dan rumah pengantin perempuan dalam 2jam. Ramai jugalah yang mai kenduri rumah kami tak sempat tengok pengantin. Kesian! Ceq pun busy, sampai muka macam Mak Jemah dah. Namun, ( skema jap ) Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan selamat. Tiada kecederaan berlaku ( haha kau pikir ni perlawan bola sepak ke apa ) and now aku dah ada family member baharu!



Kakak ipar aku tersangatlah comel kerana bertubuh kecil. Nama dia NUR ANEESA, umur sebaya dengan abang aku. Yang paling penting hahaha muka dia ya Allah, ada iras muka The Sanudin's. Ramai juga membe aku cakap yang aku dapat abang ipar sebab kakak aku kawen padahal sebenarnya aku dapat kakak ipar. Mama ada cakap,

 " abang kamu tu kalau nak cari, carilah muka lain sikit. Barulah anak muka berlain sikit. "

Hahaha dah nasib badan maa! Other than that, kakak ipar aku ni sebenarnya ganas walaupun kau tengok dia macam boleh pijak (mentang-mentang la kau tinggi, kau nak pijak orang sesuka hati ) Tapi apa apa pun dia sweet.. ( tangan ke bahu, mata ke atas ) haha betul laa. Tak tipu! ( okay tak jujur sangat )

Dulu, I was always wonder bila lah salah seorang family aku nak kawen. Nak dapat anak sedara laa, boleh jadi babysitter la, apa la.. and now aku akan experience benda tu. Rasa bahagia sangat! Sekarang ni pula tengah tunggu abang ipar pula. Haha InshaAllah next year.. next year. Doa doakan ye!



how could we not talk about family when family all the we got
lynn

Thursday, 8 October 2015

#FACTSABOUTADLINASANUDIN

ASSALAMUALAIKUM

Sebelum awak baca entry saya, first thing yang perlu tahu ialah pasal diri pemilik blog ni iaitu aku *okay koya hot*. Yes aku tahu aku bukan macam Hanis Zalikha, blogger meletop dan bukan cantik macam Nora Danish. Aku adalah aku, perempuan biasa je. Tujuan utama aku tulis blog hanya kerana blog ni sebagai medium untuk aku luahkan semua benda yang ada dalam hati aku. Aku ni bukan jenis orang yang mudah luahkan perasaan. Semua perasaan aku luahkan atas tulisan. Cuma nak habaq kat hang la yang belog ni lebih kurang macam diari laa...




Atas tu gambar aku. Tak cantik pun, tapi tak adalah hodoh sangat. Bolehlah buat tatapan bakal suami. Haha suami je kay! Memandangkan aku ni memang tak ramai yang kenal, even junior sendiri *bukan sombong eh, cuma tak menonjol* aku start dulu dengan diri aku. Nama aku Nur Adlina Sanudin atau orang panggil Lynn je. Sweet16 walaupun orang selalu fikir aku umur 20an. Sedih betul! Muka aku tak adalah tua sangat. Kalau dah tahu aku umur 16 so gerenti lah aku ni sekolah lagi. Aku asal Ipoh tapi menetap di Kuantan 4 tahun lepas sampai sekarang.

Sifat aku? Aku ni emhh aku sendiri pun tak tahu nak describe. Tapi aku tahu aku suka makan, travel, photographing, designing and sleep. Senang macam  ni je la, biar anda sendiri yang nilai ye? Okay, so lets go to another topic..

My family!!
Tanpa mereka, hidup aku takkan bermakna. Dan tanpa aku juga, hidup The Sanudin's takkan gembira *angkat bakul sendiri nampak* emhh tak kesah pon orang cakap apa. Aku ada enam orang adik beradik, lima pompan sorang laki. Alhamdulillah semua hidup bahagia, aman dan damai. Gaduh? Biasalah mana ada tak gaduh, baling bantal, maki, kutuk semua. Lumrah manusia. Tapi air yang dicincang, takkan putus sebab apa air memang tak boleh cincang. Air kot! Haha Semua masalah mesti dapat diselesaikan barulah siblings goal! 


And now #10FactsAboutAdlinaSanudin

1. Aku adalah manusia paling gila yang ada dalam family The Sanudin's. Tanpa aku, tak bermakna hidup keluarga ni. Cewahh! Hahahahahahaha kalau anda tak percaye, kau cari la sesiapa yang kenal Adlina Sanudin.. Mesti betul punya ehh.
2. Aku takut pada darah, tempat tinggi dan ruang yang sempit/sesak. Jangan tanya kenapa sebab aku memang tak tahu kenapa.
3. Aku paling cerewet dalam hal berkaitan permakaian . Aku benci orang yang tak kemas sebab aku memang rimas . 
4. Loves chocolates so much sampaikan semua benda makan mesti ada bersangkut paut dengan coklat.
5. Favourite colour : White, Black, Chocolate, Grey, Red *emhh life aku memang bosan*
6. Aku paling tak suka orang tidur atas katil aku. Benda lain boleh share tapi bukan katil aku. Kalau nak kena maki, beranilah buat!
7. Cepat bosan dengan sesuatu benda. For example, kalau aku start buat benda baru macam sekarang tulis blog bagai, seminggu kemudian jangan harap aku on blog nie haha. So kena tunggu bila mood tu datang balik.
8. Tak tetap pendirian dan disebabkan benda nie la, aku still tak tahu aku nak jadi apa besar nanti????? ayoyo, fikir pasal cita cita ni boleh buat aku jadi gila kadang-kadang!
9. Susah nak nangis sebenarnya. Bukan keras hati, tapi happy go lucky girl! Kawan-kawan aku susah nak tengok aku sedih. *tapi kalau tengok hindustan, bertisu-tisu juga*
10. Peminat setia Running Man! Ni jela satu satunya sebab kenapa aku minat Korea dan kenapa aku nak sangat pergi Korea. Emhh, nak pergi KOREA!! Sape-sape tolong sponsor aku? 

kalau ingin mengenali aku dengan lebih lanjut
twitter: Adlina_Sanudin
instagram: adlinasanudin



try to understand yourself and confident always
lynn