Friday, 9 October 2015

My Brother is Getting MARRIED!

ASSALAMUALAIKUM

Dah hampir 4 bulan abang aku dah ada family sendiri. Ceh, mesti orang akan kata,

 " eleh , abang kawen jer kot! tu pun nak kecoh.. "
 " apa yang menariknya pasal abang kawen. " 

Dan banyak lagi serumpamanya. Okay let me explain kenapa aku excited sangat nak cerita pasal hal ni. First, sebab dia lah satu-satu adik beradik lelaki yang aku ada. Second, yang paling banyak chemistry dengan aku. Third, because he is too young to get married! But now dia dah selamat jadi husband orang. Mana ceq tak terkejut. Hoho!



Emhh sedih pun ada, happy pun ada. Sedih sebab dia dah tak free nak dibawa ke mana-mana. Happy sebab dapat sister in law ( hastag pelik! ) Yela, siapa sangka abang boleh kawen secepat tu. Dia baru dua puluh dua tahun ( berdasarkan tahun ) haha tapi bila tengok dia happy sekarang, aku pun macam terpengaruh nak kawen muda ( muka gatal dah keluar ). Sebab bila muda ni, otak belum matang. So perangai pun budak lagi, asyik-asyik nak gaduh. Emhh gaduh manja okay! Cute doh.. ( okay sape nak jadi hubby, please lamar ai sekarang HAHA ). Apa-apa pun dia tetap abang aku yang paling aku sayang. Dia lah lelaki yang ketiga yang ada dalam hati aku. ( yang pertama dan kedua dirahsiakan ) I'm always pray the best for him!

Jom, aku cerita time kenduri kawen abang aku.
Emhh kenduri dijalankan di rumah arwah atuk aku sebelah ayah dekat Merbok pada hari raya ketiga tahun ni. Kenduri diadakan pada sebelah petang. Sebab pagi dan tengahari ada majlis akad nikah dan kenduri belah perempuan. Agak kelam kabut juga hari tu sebab jarak masa dari rumah kami dan rumah pengantin perempuan dalam 2jam. Ramai jugalah yang mai kenduri rumah kami tak sempat tengok pengantin. Kesian! Ceq pun busy, sampai muka macam Mak Jemah dah. Namun, ( skema jap ) Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan selamat. Tiada kecederaan berlaku ( haha kau pikir ni perlawan bola sepak ke apa ) and now aku dah ada family member baharu!



Kakak ipar aku tersangatlah comel kerana bertubuh kecil. Nama dia NUR ANEESA, umur sebaya dengan abang aku. Yang paling penting hahaha muka dia ya Allah, ada iras muka The Sanudin's. Ramai juga membe aku cakap yang aku dapat abang ipar sebab kakak aku kawen padahal sebenarnya aku dapat kakak ipar. Mama ada cakap,

 " abang kamu tu kalau nak cari, carilah muka lain sikit. Barulah anak muka berlain sikit. "

Hahaha dah nasib badan maa! Other than that, kakak ipar aku ni sebenarnya ganas walaupun kau tengok dia macam boleh pijak (mentang-mentang la kau tinggi, kau nak pijak orang sesuka hati ) Tapi apa apa pun dia sweet.. ( tangan ke bahu, mata ke atas ) haha betul laa. Tak tipu! ( okay tak jujur sangat )

Dulu, I was always wonder bila lah salah seorang family aku nak kawen. Nak dapat anak sedara laa, boleh jadi babysitter la, apa la.. and now aku akan experience benda tu. Rasa bahagia sangat! Sekarang ni pula tengah tunggu abang ipar pula. Haha InshaAllah next year.. next year. Doa doakan ye!



how could we not talk about family when family all the we got
lynn

No comments:

Post a Comment