Thursday, 8 October 2015

#FACTSABOUTADLINASANUDIN

ASSALAMUALAIKUM

Sebelum awak baca entry saya, first thing yang perlu tahu ialah pasal diri pemilik blog ni iaitu aku *okay koya hot*. Yes aku tahu aku bukan macam Hanis Zalikha, blogger meletop dan bukan cantik macam Nora Danish. Aku adalah aku, perempuan biasa je. Tujuan utama aku tulis blog hanya kerana blog ni sebagai medium untuk aku luahkan semua benda yang ada dalam hati aku. Aku ni bukan jenis orang yang mudah luahkan perasaan. Semua perasaan aku luahkan atas tulisan. Cuma nak habaq kat hang la yang belog ni lebih kurang macam diari laa...




Atas tu gambar aku. Tak cantik pun, tapi tak adalah hodoh sangat. Bolehlah buat tatapan bakal suami. Haha suami je kay! Memandangkan aku ni memang tak ramai yang kenal, even junior sendiri *bukan sombong eh, cuma tak menonjol* aku start dulu dengan diri aku. Nama aku Nur Adlina Sanudin atau orang panggil Lynn je. Sweet16 walaupun orang selalu fikir aku umur 20an. Sedih betul! Muka aku tak adalah tua sangat. Kalau dah tahu aku umur 16 so gerenti lah aku ni sekolah lagi. Aku asal Ipoh tapi menetap di Kuantan 4 tahun lepas sampai sekarang.

Sifat aku? Aku ni emhh aku sendiri pun tak tahu nak describe. Tapi aku tahu aku suka makan, travel, photographing, designing and sleep. Senang macam  ni je la, biar anda sendiri yang nilai ye? Okay, so lets go to another topic..

My family!!
Tanpa mereka, hidup aku takkan bermakna. Dan tanpa aku juga, hidup The Sanudin's takkan gembira *angkat bakul sendiri nampak* emhh tak kesah pon orang cakap apa. Aku ada enam orang adik beradik, lima pompan sorang laki. Alhamdulillah semua hidup bahagia, aman dan damai. Gaduh? Biasalah mana ada tak gaduh, baling bantal, maki, kutuk semua. Lumrah manusia. Tapi air yang dicincang, takkan putus sebab apa air memang tak boleh cincang. Air kot! Haha Semua masalah mesti dapat diselesaikan barulah siblings goal! 


And now #10FactsAboutAdlinaSanudin

1. Aku adalah manusia paling gila yang ada dalam family The Sanudin's. Tanpa aku, tak bermakna hidup keluarga ni. Cewahh! Hahahahahahaha kalau anda tak percaye, kau cari la sesiapa yang kenal Adlina Sanudin.. Mesti betul punya ehh.
2. Aku takut pada darah, tempat tinggi dan ruang yang sempit/sesak. Jangan tanya kenapa sebab aku memang tak tahu kenapa.
3. Aku paling cerewet dalam hal berkaitan permakaian . Aku benci orang yang tak kemas sebab aku memang rimas . 
4. Loves chocolates so much sampaikan semua benda makan mesti ada bersangkut paut dengan coklat.
5. Favourite colour : White, Black, Chocolate, Grey, Red *emhh life aku memang bosan*
6. Aku paling tak suka orang tidur atas katil aku. Benda lain boleh share tapi bukan katil aku. Kalau nak kena maki, beranilah buat!
7. Cepat bosan dengan sesuatu benda. For example, kalau aku start buat benda baru macam sekarang tulis blog bagai, seminggu kemudian jangan harap aku on blog nie haha. So kena tunggu bila mood tu datang balik.
8. Tak tetap pendirian dan disebabkan benda nie la, aku still tak tahu aku nak jadi apa besar nanti????? ayoyo, fikir pasal cita cita ni boleh buat aku jadi gila kadang-kadang!
9. Susah nak nangis sebenarnya. Bukan keras hati, tapi happy go lucky girl! Kawan-kawan aku susah nak tengok aku sedih. *tapi kalau tengok hindustan, bertisu-tisu juga*
10. Peminat setia Running Man! Ni jela satu satunya sebab kenapa aku minat Korea dan kenapa aku nak sangat pergi Korea. Emhh, nak pergi KOREA!! Sape-sape tolong sponsor aku? 

kalau ingin mengenali aku dengan lebih lanjut
twitter: Adlina_Sanudin
instagram: adlinasanudin



try to understand yourself and confident always
lynn



No comments:

Post a Comment