Thursday, 31 December 2015

#adlinatravelogue : LANGKAWI

ASSALAMUALAIKUM

Selesai trip dekat Taiping, kita move on ke tempat lain pula.

Rabu, 25 November 2015

Bertolaklah kami sekeluarga dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada jam 5 petang. Alhamdulillah laut steady and cool. Kami pun syukur selamat sampai. 

Jam 6.30 petang, kami selamat sampai di JETI KUAH. Sesak masa nak keluar dari feri, hal maklumlah cuti sekolah. Sempat lah jumpa artis haha. Aku tak ingat nama dia tapi dia sekarang berlakon dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku, jadi mak tiri si Puteri tu. Setengah jam kemudian baru dapat keluar dari feri. Dari jeti nak ke pintu masuk pula ambil masa 15 minit pula sebab guna jalan jauh. Masa kami pergi, jeti tu tengah renovate. Dahlah beg berat plus penat lagi. Sabor jela. Sebaik tak payah tunggu lama, cousin aku pun sampai.

Dekat sana, kami tumpang tidur di rumah cousin aku je *save budjet*. Disebabkan kami pergi short trip je, 3 hari 2 malam, cousin aku ni dengan baik hati kasi pinjam kereta dia. So, transport dan tempat penginapan free of charge. Kurang sikit belanja. 

Khamis, 26 November 2015


Tempat pertama yang kami pergi ialah MARDI AGROTECHNOLOGY PARK. Location dia dekat Jalan Padang Gaong. Tepi jalan je. Harga tiket masuk untuk seorang ialah RM7. Masuk situ, terus ada tour guide yang akan bawa kau keliling kawasan MARDI tu naik train. Masa aku pergi, bukan musim buah, jadi hanya dapat tengok pokok jela. How lucky la kalau dapat pergi masa musim durian, rambutan. Mula-mula dia akan berhenti di satu tempat yang di mana kau boleh makan buah free. Dia bagi makan buah yang berbuah masa tu. Ada belimbing, tembikai, limau bali, nenas. Tak banyak sangat.


Lepas tu, round-round lagi, then berhenti pula di rumah hijau. Tour guide tu kata rumah hijau ni sebagai salah satu cara penanaman pokok di kawasan bandar. Menggunakan teknologi yang ada. Macam-macam la, tak tahu nak cakap. Aku tak dengar pun. Busy tangkap gambar, buat video. Aku buat video, tapi terdelete semua video tu. Memang gampang je rasa, penat ada, nak nangis *okay part nangis tu tipu*. Kalau tidak bolehlah anda tengok gelagat gila aku. Haha Then, ada photoshoot time with Mr. Nangka dan Belimbing Gergasi. Kreatif betul MARDI ni.







Second destination, kami pergi ke KOMPLEKS HIG. Dulu, masa tinggal dekat Langkawi setahun, kompleks ni hanya ada dekat kedai-kedai teres kecil je. Sekarang dah mampu ada bangunann sendiri sekali dengan hotel. Just survey je, tak shopping pun. Kita jalan-jalan dulu, baru beli.

Kemudian, kami ke jeti. Jom, kita naik bot ke pulau-pulau sekitar Langkawi. Kami ikut pakej pelancongan. Harga untuk satu bot lebih kurang RM150 *bukan ceq yang bayaq sebab tu tak tau*. Mula-mula kami ke PANTAI BERAS BASAH. Tempat ni ramai orang mandi. Tapi kami tak mandi pun. Tangkap gambar, main pasir je. Then, pergi tengok helang. Pemandu bot tu bagi makan, dapatlah tengok helang 1meter depan mata. Itu pun tak banyak helang sebab sudah kepupusan. Sepatutnya area situ ada zoo tapi mungkin something happen before so zoo tu ditutup.  Kemudian kami pun ke PULAU DAYANG BUNTING, pulau paling cantik dan historical di Langkawi. Actually pulau ni sangat besar, sehinggakan ada perkampungan nelayan dekat sini. Tempat yang kami pergi dan ialah Tasik Dayang Bunting. Kalau ikut legend, kalau nak cepat dapat anak, mandi dekat sini. Tapi tak mandi pun. Pembentukan tasik ni memang cantik, sangat sangat cantik. SubhanAllah, kuasa Allah! Sejarah pulau aku tak berapa nak tahu, so anda check je dengan en wikipedia ye.








Balik dari pulau, kami singgah di Kompleks HIG. Ni baru nak shopping betul-betul. Emhh banyak jugak beli. Penuh satu troli. Habis duit kira-kira RM1000. Huishh, sebaik la angah dengan along dah kerja. Kami tak banyak sangat melawat tempat-tempat seperti Makam Mahsuri, Gunung Matcincang dan lain-lain sebab pergi short trip je. Lagipun baru 4 tahun lepas dah pergi sana. Lain kali pula pergi. Malam tu jalan-jalan dekat Pasar Kemboja dan makan dekat kedai Uncle Jai.

Jumaat, 27 November 2015

Kali ni pergi shopping lagi, tambah barang yang semalam. Petang tu bertolak balik ke kampung.

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik, selamat. Cuaca pun baik. Syukur. Lepas ni travel mana pula ye? Tunggu, sebab tahun depan dah busy dengan exam.



there are a lot of places that can make you always in peace
lynn

Monday, 14 December 2015

#adlinatravelogue : TAIPING

ASSALAMUALAIKUM

Dah sebulan tak update , apa cerita pula kali ni? Yela busy dengan exam final year. Tu tak update sangat. Cuti hujung tahun kali ni agak berbeza dari tahun tahun sebelum ni. Sebab? Mungkin tahun terakhir happy macam ni. Sebab apa? Along dengan Angah dah start kerja. Aku pula next year nak SPM *ceq nervous*. Semua makin busy. Tapi I hope that akan ada satu hari lagi yang mana satu family gathering. Emhh maybe time tu, masing-masing dah ada hubby sendiri, anak mungkin. 

Isnin, 23 November 2015

The Sanudin's kali ni menjelajah utara. First destination ialah TAIPING. Memang dah get ready awal-awal pagi sebab nak sampai awal di Ipoh. Konvoi kami dua kereta. Ayah, Mama, Qielah, dan Zahra, satu kereta. Aku, Angah dan Along, geng anak dara pula satu kereta. Alhamdulillah sampai Ipoh dalam pukul 3 4 petang gitu. Rehat sekejap. Lepas Maghrib terus bertolak ke Taiping. Malam tu kami tumpang tidur di rumah cousin. Thanks Kak Ja and family kerana izinkan kami menyemak dekat rumah tu.

Selasa, 24 November 2015

Awal pagi dah bangun. Biasalah traveller, mana boleh bangun lambat *tapi lambat juga sebenarnya*. Lepas breakfast terus keluar. Trip dekat taiping Along tak join. Sebab dia ada kerja dekat Penang.

First place yang kami pergi ialah SENTOSA VILLA RESORT. Tempat ni Angah yang recommend sebab place dia sangat cantik. Tempat ni famous untuk orang photoshoot wedding. Memang dekat sini, kau rasa nyaman je. Ada sungai, tempat dia yang sunyi. Jauh dari kesibukan bandar. Nak tahu location dia, harga? Just tekan DI SINI.  Kami pergi sana pun just nak survey, mana tahu boleh organise family day dekat sini.





Dah penat tangkap gambar, selfie sebagainya *ni baru 3 je gambar, ada berpuluh lagi*, kami pun pergi la tempat lain. Kalau pergi Taiping, semestinya kita kena pergi ZOO TAIPING. Last time aku pergi zoo ni, kalau tak silap masa aku umur 6 tahun, tu pun sebab ikut lawatan sekolah. Dengan harga tiket RM17 seorang dewasa, kanak-kanak aku tak ingat, berjalan la kami dalam zoo tu. Disebabkan penat posing tadi, so we decide naik train je. Fuh, nasib baik naik train, kalau tidak jenuh berjalan, dengan terik mentari lagi. Macam-macam la binatang jumpa, biasalah nama pun zoo. Tapi yang pelik Zoo Taiping tak ada ular. Jenuh cari, memang tak jumpa! Tapi tak apalah, janji aku dapat jumpa kawan-kawan aku, dapat jumpa Yana aka Akak Tiger, jumpa Hippo, Buaya. Aku ada jumpa Gwang Soo jugak! Haha. Naik train sejam je dapat round satu zoo. Rasa macam tak berbaloi je duduk sejam je dalam tu dengan harga tiket yang mahal, so we decide nak pusing sekejap. Tak ada la pergi jauh-jauh . Just dekat area pintu masuk.

Setiap kejadian mesti ada pengalaman manis dan pahit. Apa yang pahitnya kami kena serang dengan monyet liar. Monyet ni dia sebenarnya tak boleh tengok plastik. Kebetulan pulak Angah aku bawa beg plastik, ada lah dua tiga botol air dalam tu *Gatorade, Mountain Dew, Twister, Mineral Water*. Mula-mula dia serang Angah, dia berjaya dapat air Gatorade aku, sebaik la tinggal sikit je air tu. Bukan tak reda ke apa, sebab harga dia mahal, beli dalam zoo. Lepas tu ayah aku ambil beg plastik yang jatuh tu, baki 3 botol air. Tapi monyet tu dia nak juga, dia berlawan dengan ayah aku *lawan tenung mata haha*. Sebabkan monyet tu ganas, mak aku kata bagi jela, takut dia cekup ayah aku. Monyet tu terus cekup beg tu, sempat ambik air Twister adik aku, yang tu sedih sikit sebab adik aku minum tak sampai separuh. Sadis betul kan cerita aku ni?! Sebaik tak jadi apa-apa.

note: saranan aku kalau nak pergi tempat yang ada binatang ke, taman ke, senang cakap tempat yang ada monyet liar, better jangan bawa beg plastik sebab monyet sekarang dah pandai haha 

Sebab plastik kuning tu la kami kena serang
Seladang , kebanggaan Perak

Dah penat berjalan dalam zoo. Kami singgah makan di kedai DOLI KUEY TEOW GORENG. Tempat direcommend lagi oleh angah yang dapat info dari tunang dia. Beria nak pergi sini sebab DOLI tu stand for her fiance nickname. Nyum nyum nyum sedap!! Aku bagi 4 bintang. Location dia depan Klinik Kesihatan Taiping, kalau tak silap aku. Mesti try tau.

Kuey Teow goreng biasa, harga RM5 .
Kalau nak special pun ada, dia ada extra udang dan kerang.
Tapi yang biasa ni pun dah berbaloi.

Check out my instagram kalau nak tahu location tempat-tempat yang aku pergi. Link di sini *ehem-ehem, jangan lupa follow ye*



life must be enjoyable sometimes
lynn