Thursday, 31 December 2015

#adlinatravelogue : LANGKAWI

ASSALAMUALAIKUM

Selesai trip dekat Taiping, kita move on ke tempat lain pula.

Rabu, 25 November 2015

Bertolaklah kami sekeluarga dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada jam 5 petang. Alhamdulillah laut steady and cool. Kami pun syukur selamat sampai. 

Jam 6.30 petang, kami selamat sampai di JETI KUAH. Sesak masa nak keluar dari feri, hal maklumlah cuti sekolah. Sempat lah jumpa artis haha. Aku tak ingat nama dia tapi dia sekarang berlakon dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku, jadi mak tiri si Puteri tu. Setengah jam kemudian baru dapat keluar dari feri. Dari jeti nak ke pintu masuk pula ambil masa 15 minit pula sebab guna jalan jauh. Masa kami pergi, jeti tu tengah renovate. Dahlah beg berat plus penat lagi. Sabor jela. Sebaik tak payah tunggu lama, cousin aku pun sampai.

Dekat sana, kami tumpang tidur di rumah cousin aku je *save budjet*. Disebabkan kami pergi short trip je, 3 hari 2 malam, cousin aku ni dengan baik hati kasi pinjam kereta dia. So, transport dan tempat penginapan free of charge. Kurang sikit belanja. 

Khamis, 26 November 2015


Tempat pertama yang kami pergi ialah MARDI AGROTECHNOLOGY PARK. Location dia dekat Jalan Padang Gaong. Tepi jalan je. Harga tiket masuk untuk seorang ialah RM7. Masuk situ, terus ada tour guide yang akan bawa kau keliling kawasan MARDI tu naik train. Masa aku pergi, bukan musim buah, jadi hanya dapat tengok pokok jela. How lucky la kalau dapat pergi masa musim durian, rambutan. Mula-mula dia akan berhenti di satu tempat yang di mana kau boleh makan buah free. Dia bagi makan buah yang berbuah masa tu. Ada belimbing, tembikai, limau bali, nenas. Tak banyak sangat.


Lepas tu, round-round lagi, then berhenti pula di rumah hijau. Tour guide tu kata rumah hijau ni sebagai salah satu cara penanaman pokok di kawasan bandar. Menggunakan teknologi yang ada. Macam-macam la, tak tahu nak cakap. Aku tak dengar pun. Busy tangkap gambar, buat video. Aku buat video, tapi terdelete semua video tu. Memang gampang je rasa, penat ada, nak nangis *okay part nangis tu tipu*. Kalau tidak bolehlah anda tengok gelagat gila aku. Haha Then, ada photoshoot time with Mr. Nangka dan Belimbing Gergasi. Kreatif betul MARDI ni.







Second destination, kami pergi ke KOMPLEKS HIG. Dulu, masa tinggal dekat Langkawi setahun, kompleks ni hanya ada dekat kedai-kedai teres kecil je. Sekarang dah mampu ada bangunann sendiri sekali dengan hotel. Just survey je, tak shopping pun. Kita jalan-jalan dulu, baru beli.

Kemudian, kami ke jeti. Jom, kita naik bot ke pulau-pulau sekitar Langkawi. Kami ikut pakej pelancongan. Harga untuk satu bot lebih kurang RM150 *bukan ceq yang bayaq sebab tu tak tau*. Mula-mula kami ke PANTAI BERAS BASAH. Tempat ni ramai orang mandi. Tapi kami tak mandi pun. Tangkap gambar, main pasir je. Then, pergi tengok helang. Pemandu bot tu bagi makan, dapatlah tengok helang 1meter depan mata. Itu pun tak banyak helang sebab sudah kepupusan. Sepatutnya area situ ada zoo tapi mungkin something happen before so zoo tu ditutup.  Kemudian kami pun ke PULAU DAYANG BUNTING, pulau paling cantik dan historical di Langkawi. Actually pulau ni sangat besar, sehinggakan ada perkampungan nelayan dekat sini. Tempat yang kami pergi dan ialah Tasik Dayang Bunting. Kalau ikut legend, kalau nak cepat dapat anak, mandi dekat sini. Tapi tak mandi pun. Pembentukan tasik ni memang cantik, sangat sangat cantik. SubhanAllah, kuasa Allah! Sejarah pulau aku tak berapa nak tahu, so anda check je dengan en wikipedia ye.








Balik dari pulau, kami singgah di Kompleks HIG. Ni baru nak shopping betul-betul. Emhh banyak jugak beli. Penuh satu troli. Habis duit kira-kira RM1000. Huishh, sebaik la angah dengan along dah kerja. Kami tak banyak sangat melawat tempat-tempat seperti Makam Mahsuri, Gunung Matcincang dan lain-lain sebab pergi short trip je. Lagipun baru 4 tahun lepas dah pergi sana. Lain kali pula pergi. Malam tu jalan-jalan dekat Pasar Kemboja dan makan dekat kedai Uncle Jai.

Jumaat, 27 November 2015

Kali ni pergi shopping lagi, tambah barang yang semalam. Petang tu bertolak balik ke kampung.

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik, selamat. Cuaca pun baik. Syukur. Lepas ni travel mana pula ye? Tunggu, sebab tahun depan dah busy dengan exam.



there are a lot of places that can make you always in peace
lynn

No comments:

Post a Comment