Dah sebulan tak update , apa cerita pula kali ni? Yela busy dengan exam final year. Tu tak update sangat. Cuti hujung tahun kali ni agak berbeza dari tahun tahun sebelum ni. Sebab? Mungkin tahun terakhir happy macam ni. Sebab apa? Along dengan Angah dah start kerja. Aku pula next year nak SPM *ceq nervous*. Semua makin busy. Tapi I hope that akan ada satu hari lagi yang mana satu family gathering. Emhh maybe time tu, masing-masing dah ada hubby sendiri, anak mungkin.
Isnin, 23 November 2015
The Sanudin's kali ni menjelajah utara. First destination ialah TAIPING. Memang dah get ready awal-awal pagi sebab nak sampai awal di Ipoh. Konvoi kami dua kereta. Ayah, Mama, Qielah, dan Zahra, satu kereta. Aku, Angah dan Along, geng anak dara pula satu kereta. Alhamdulillah sampai Ipoh dalam pukul 3 4 petang gitu. Rehat sekejap. Lepas Maghrib terus bertolak ke Taiping. Malam tu kami tumpang tidur di rumah cousin. Thanks Kak Ja and family kerana izinkan kami menyemak dekat rumah tu.
Selasa, 24 November 2015
Awal pagi dah bangun. Biasalah traveller, mana boleh bangun lambat *tapi lambat juga sebenarnya*. Lepas breakfast terus keluar. Trip dekat taiping Along tak join. Sebab dia ada kerja dekat Penang.
First place yang kami pergi ialah SENTOSA VILLA RESORT. Tempat ni Angah yang recommend sebab place dia sangat cantik. Tempat ni famous untuk orang photoshoot wedding. Memang dekat sini, kau rasa nyaman je. Ada sungai, tempat dia yang sunyi. Jauh dari kesibukan bandar. Nak tahu location dia, harga? Just tekan DI SINI. Kami pergi sana pun just nak survey, mana tahu boleh organise family day dekat sini.
![]() |
![]() |
![]() |
Dah penat tangkap gambar, selfie sebagainya *ni baru 3 je gambar, ada berpuluh lagi*, kami pun pergi la tempat lain. Kalau pergi Taiping, semestinya kita kena pergi ZOO TAIPING. Last time aku pergi zoo ni, kalau tak silap masa aku umur 6 tahun, tu pun sebab ikut lawatan sekolah. Dengan harga tiket RM17 seorang dewasa, kanak-kanak aku tak ingat, berjalan la kami dalam zoo tu. Disebabkan penat posing tadi, so we decide naik train je. Fuh, nasib baik naik train, kalau tidak jenuh berjalan, dengan terik mentari lagi. Macam-macam la binatang jumpa, biasalah nama pun zoo. Tapi yang pelik Zoo Taiping tak ada ular. Jenuh cari, memang tak jumpa! Tapi tak apalah, janji aku dapat jumpa kawan-kawan aku, dapat jumpa Yana aka Akak Tiger, jumpa Hippo, Buaya. Aku ada jumpa Gwang Soo jugak! Haha. Naik train sejam je dapat round satu zoo. Rasa macam tak berbaloi je duduk sejam je dalam tu dengan harga tiket yang mahal, so we decide nak pusing sekejap. Tak ada la pergi jauh-jauh . Just dekat area pintu masuk.
Setiap kejadian mesti ada pengalaman manis dan pahit. Apa yang pahitnya kami kena serang dengan monyet liar. Monyet ni dia sebenarnya tak boleh tengok plastik. Kebetulan pulak Angah aku bawa beg plastik, ada lah dua tiga botol air dalam tu *Gatorade, Mountain Dew, Twister, Mineral Water*. Mula-mula dia serang Angah, dia berjaya dapat air Gatorade aku, sebaik la tinggal sikit je air tu. Bukan tak reda ke apa, sebab harga dia mahal, beli dalam zoo. Lepas tu ayah aku ambil beg plastik yang jatuh tu, baki 3 botol air. Tapi monyet tu dia nak juga, dia berlawan dengan ayah aku *lawan tenung mata haha*. Sebabkan monyet tu ganas, mak aku kata bagi jela, takut dia cekup ayah aku. Monyet tu terus cekup beg tu, sempat ambik air Twister adik aku, yang tu sedih sikit sebab adik aku minum tak sampai separuh. Sadis betul kan cerita aku ni?! Sebaik tak jadi apa-apa.

note: saranan aku kalau nak pergi tempat yang ada binatang ke, taman ke, senang cakap tempat yang ada monyet liar, better jangan bawa beg plastik sebab monyet sekarang dah pandai haha
![]() |
Sebab plastik kuning tu la kami kena serang |
![]() |
Seladang , kebanggaan Perak |
Dah penat berjalan dalam zoo. Kami singgah makan di kedai DOLI KUEY TEOW GORENG. Tempat direcommend lagi oleh angah yang dapat info dari tunang dia. Beria nak pergi sini sebab DOLI tu stand for her fiance nickname. Nyum nyum nyum sedap!! Aku bagi 4 bintang. Location dia depan Klinik Kesihatan Taiping, kalau tak silap aku. Mesti try tau.
![]() |
Kuey Teow goreng biasa, harga RM5 . Kalau nak special pun ada, dia ada extra udang dan kerang. Tapi yang biasa ni pun dah berbaloi. |
Check out my instagram kalau nak tahu location tempat-tempat yang aku pergi. Link di sini *ehem-ehem, jangan lupa follow ye*
life must be enjoyable sometimes
No comments:
Post a Comment